Sampainya hati manusia berhati binatang ini, sehinggakan tergamak membuang bayinya yang baru sahaja dilahirkan. Bayi tersebut ditemui di tepi sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan(LRT) Titiwangsa. Mayat bayi tersebut ditemui di celah-celah batu tepi sungai tersebut oleh orang awam. Dipercayai juga bayi tersebut dilahirkan di tempat lain dan kemudian dihanyutkan ke dalam sungai berkenaan.
Nampaknya kisah yang berlaku terhadap Nabi Musa yang sekian lama dahulu berlaku telah berulang pada zaman kita sekarang ini. Yang membezakannya ialah kisah Nabi Musa di hanyutkan di sungai oleh ibunya ialah sebagai kisah teladan kepada manusia dan punya hikmah yang Allah s.w.t tunjukan kepada Firaun. Namum kes buang bayi di sungai Gombak ini berlainan pula, ini merupakan kebiadaban, kedangkalan dan keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi. Sama-samalah kita berusaha untuk tidak terlibat dalam hal-hal sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan