Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Apa khabar semua orang kaya, sederhana kaya dan yang tengah sibuk nak kaya semua. Orang berlari lebih pantas kadang-kadang ada juga buruknya namum sebaliknya pula. Dia akan dihormati, disanjung-sanjung dan diminati semua orang. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang lambat berlari, adakah enjin sudah agak lama hinggakan semput-semput, lenguh dan sebagainya. Adakalanya juga mereka amat rugi dan ketinggalan. Terpulanglah kepada kalian nak pilih yang mana satu, nak cepat, pantas atau lambat, atau longlai.
Mari kita bercerita tentang nak kaya. Ramai orang memang ada impian dan angan-angan nak jadi kaya. Tetapi jarang sekali nak merealisasikannya, malas, lemah, longlai, lembab, dan seribu natijah yang diberikan. Apakah ini ramuan nak menjadi kaya. Saya fikir bukan itu caranya, tetapi dengan membuang semua perkataan negatif tersebut, maka bolehlah mulakan dari sekarang.
Nak kaya berniagalah, itulah perkataan keramat yang membuatkan hati kita berkobar-kobar. Saya sendiri bila membaca dan menyebut-nyebut kata keramat tersebut, jadi lain rasanya. Seolah-olah ada satu arus mengalir ke tubuh dan menyatakan pada saya berniagalah kalau nak kaya. Tetapi adakah kita bersedia untuk menyahut cabaran nak berniaga. Jika ya jawabnya, maka mulakanlah dari sekarang sebagai langkah pertama.
Bukankah berniaga itu adalah 99 daripada sumber rezeki dalam kehidupan seharian kita. Semua ini kebanyakannya disedari oleh pendatang luar dari tempat kita. Kalau dahulu datang secara haram dan terpaksa sembunyi-sembunyi tetapi akhirnya berjaya dalam perniagaannya mereka. Ini terbukti tempat kita ni masih banyak lubuk emas belum diketahui umum. Kadang-kadang rasa marah dan tercabar juga bila melihat bangsa-bangsa pendatang ini begitu maju dalam perniagaan mereka. Tapi nak salahkan orang pula tak payahlah, salahkan diri sendirilah baru padan.
Nak kaya berniagalah, selagi mana anda makan gaji atau berkerja dengan orang lain, selagi itulah anda tak akan kaya-kaya. Hidup dengan makan gaji tak akan kemana, cukup bulan dapat gaji, belum pun habis bulan sudah habis. Derita dan letih juga dibuatnya. Tetapi bagaimana jika anda pula yang berniaga.
Orang kaya dan nak kaya berfikir bagaimana nak bagi kerja dengan orang lain. Orang yang tak akan kaya-kaya berfikir dengan siapa dia nak berkerja. Inilah bezanya mentaliti orang kaya dan tak kaya. Kemudian orang kaya sentiasa berfikir bagaimana nak gandakan wang RM10 kepada RM20 atau lebih, orang yang tak kaya-kaya berfikir bagaimana nak habiskan RM10 tadi. Nampak tak bezanya. Memang nampak dan mungkin berlaku dikalangan kita juga atau saudara kita. Jangan marah dan malu ni sekadar pembakar semangat kita untuk bangun dari tidur yang lena.
Bagi yang bertungkus lumus memerah otak dan tenaga untuk orang lain nampak memang bagus dan terjamin kerana anda tidak perlu bimbang sangat pasal untung, maju dan lingkupnya majikan anda. Semua itu majikan yang akan menanggungnya termasuklah untung besar. Kadang-kadang dan mungkin selalu berlaku kita menyampah, marah dan rasa tak puas hati kepada bos, yang tak adil, pilih kasih, kroni dalam organisasi dan tidak kurang juga mengularnya. Kita dah mati-mati buat kerja dengan baik tetapi staf lain pula yang malas, buat tak tahu, selalu ponteng, makan gaji buta dan sebagainya. Rupa-rupanya orang itu kroni bos yang pandai buat satay, cucuk dan tukang kipas pada bos. Maka selamatlah dia, tapi yang deritanya ialah kita yang memang kerja habis-habisan untuk bos dan organisasi tempat kita berkerja.
Tetapi bagaimana situasinya jika kita pula yang jadi bos, tauke atau majikan yang menjalankan aktiviti perniagaan. Sudah pasti kita akan berpuas hati dan terhindar dari gejala seperti yang disebutkan sebelum ini. Lagipun sumber pendapatan kita akan bertambah berganda-ganda dari sebelum ini. Justeru berniagalah jika nak jadi kaya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.