Premium WordPress Themes

17 Julai 2011

Panorama Waterfalls Yang Mempersona

Great and Beautiful Waterfalls
Victoria  Falls

Huangguoshu, Chinna

Angel Falls, Venezuela

Niagara Falls, Canada/USA

Jog Falls, India


Blue Nile Falls, Ethiopia







16 Julai 2011

Keputusan Akhir Malaysia Vs Liverpool


Nampaknya Team Malaysia bermain agak cantik kali ini berbanding sebelum ini Malaysia menentang Arsenal. Segala gerakan agak teratur dan pantas. Sememangnya beginilah corak permainan masa kini, pantas dan tepat.

Pada masa pertama menyaksikan gol yang saya fikir agak kontroversi bagi Liverpool. Pada hemat saya sepakan percuma tersebut tidak harus berlaku sepatutnya. Jika diperhatikan dalam situasi sebegitu semestinya pemain pertahanan Malaysia berusaha untuk menghalang ppemain lawan dan akhirnya pemain lawan kelihatan jelas bergeser dan terjatuh. Malangnya lagi apabila pemain Malaysia dilayangkan kad kuning kerana membantah.

Bagaimanapun inilah yang dikatakan bola sepak, penuh dengan debaran dan percaturan. Namum begitu tendangan percuma yang diberikan kepada pasukan Malaysia, sememangnya saya seperti sudah mengagak, tendangan tersebut akan berjaya oleh Syafiq. Kerana sudut demikian amat digemari oleh Syafiq dan aksi tersebut turut dipamerkan oleh Syafiq ketika Malaysia menentang Taiwan.

Separuh masa kedua menyaksikan kesilapan demi kesilapan berlaku di bahagian pertahanan Malaysia, gol yang tidak sepatutnya berlaku. Namum agak menggembirakan apabila Safee Salleh dibawa masuk oleh Datuk Rajagopal menyumbat dua gol yang saya fikir gol cantik.

Masa kecenderaan akhirnya Liverpool menambahkan lagi koleksi gol mereka menjadikan 6-3 menerusi penyerang kebangsaan Belanda Kuyt. Secara keseluruhan Malaysia 3 Liverpool 6. Tahniah Liverpool dan tahniah juga buat pasukan Harimau Malaya, meskipun kalah namum persembahan tetap mantap.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keputusan Malaysia Vs Liverpool 16 Julai




Hari ini sama-samalah kita saksikan dua pasukan terbaik bertarung di atas padang. Iaitu pasukan pujaan saya Harimau Malaya menentang team gergasi liga Perdana Inggeris Liverpool pada jam 5.45 petang waktu Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Dari sumber informasi http://www.tiketpro.com.my/ jumlah jualan tiket perlawanan telah terjual sebanyak 67,000. Nampaknya jikalau fenomena sebegini kerap berlaku untuk setiap kali perlawanan liga perdana tempatan atau sebagainya di Malaysia, tidak mustahil sukan bola sepak kita bertambah maju dan akan lebih ramai lagi pemain bertaraf bintang dilahirkan.

Pemain Liverpool sedang menjalani sesi latihan

Harapan memang tinggi menjulang agar pasukan Malaysia melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan dan menjadi bahan cerita di kalangan kaki bola tanah air. Sayangnya juga dikatakan bahawa pemain hebat seperti Norsharul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Radzak tidak dapat beraksi pada perlawanan ini, memang mendukacitakan sedikit bagi para peminat melihat pemain pujaan mereka tidak dapat beraksi membantu pasukan Malaysia. Harapan juga agar pihak ASTRO menyiarkan perlawanan ini tidak sebelum ini ketika Malaysia menentang Arsenal, habuk pun tarak, memang banyak kecewa. Tapi dari sumber yang diperolehi kemungkinan perlawanan pada petang ini akan dapat disaksikan menerusi chanel 817, harap-harap betulah informasi ini.

Keputusan Anugerah Planet Muzik 2011


VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)
Amanda Imani (Selamilah Cinta)

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)
Sandhy Sondoro (Bunga Mimpi)

VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU)
Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet
Kalau Berpacaran

DUO/KUMPULAN TERBAIK
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah
3 Suara

LAGU TERBAIK SINGAPURA
The Lion Story feat. Zahidah
Lagu Teman
Haramain Osman

ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
Hady Mirza

LAGU TERBAIK MALAYSIA
Hafiz(Awan Nano)
M Nasir Buddhi Hekayat

LAGU TERBAIK INDONESIA
Ari Lasso(Cintailah Aku Sepenuh Hati)
Sandy Canester, Pay & Ari Lasso

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
Hady Mirza(Angkasa)

LAGU SERANTAU PALING POPULAR
Hady Mirza(Angkasa)

ARTIS LELAKI TERBAIK
Faizal Tahir (Adrenalin)

ARTIS WANITA TERBAIK
Rossa (Harmoni Jalinan Nada & Cerita)

KOLABORASI TERBAIK
Dayang Nurfaizah & Marcell(Sayang)
Omar K Nuur Iman

LAGU TERBAIK
Hafiz(Awan Nano)
M Nasir Buddhi Hekayat

ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK
Melly Goeslaw

ALBUM TERBAIK
Energi (Kotak)
Pay BIP

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
&
ARTIS SERANTAU PALING POPULAR SELAMA SEDEKAD
Siti Nurhaliza








14 Julai 2011

Toyota Hilux 2012





Melihat gambar-gambar Toyota Hilux 2012 ini, memang mantap dan berkuasa. Boleh dikatakan setiap model baru Toyota dinanti-nantikan oleh para peminatnya di seluruh dunia. Dan yang terkini pihak Toyota telah membuat pratonton pickup trak Hilux untuk pasaran Eropah dengan wajah baru tahun 2012.

Pengubahsuaian pada aksesori bermula dengan bahagian luar , bahagian depan yang direka semula dengan penampilan jeriji sport. Selain itu penampilan kemas, krom, bonet baru, headlamps dan bumper depan. Modifikasi juga kelihatan pada bahagian bumper depan yang direka bentuk semula dengan sayap

Saksikanlah rupa bentuk Totoya Hilux 2012



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.