Premium WordPress Themes

01 Julai 2011

Kabinet Tidak Benar ASTRO Naik Tarif Perkhidmatan.

Kabinet hari ini menegaskan bahawa pihak stesen televisyen berbayar ASTRO tidak dibenarkan untuk menaikan tarif perkhdimatan mereka kepada para pelanggan. Hal ini di tegaskan oleh pihak kabinet supaya jangan menaikan kadar tarif bayaran untuk perkhidmatan kepada seluruh pelanggannya. Sepatutnya mereka harus berbincang terlebih dahulu dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Multimedia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hasil Karyaku Muncul Di Majalah Aperture Versi Julai.

Akhirnya foto-foto saya berjaya memikat hati pihak penerbitan Majalah Aperture yang kian meningkat popular di kalangan peminat seni fotografi Malaysia. Untuk terbitan bulan julai ini, foto saya telah berjaya terpilih sebanyak dua keping. Alhamdulilah syukur kepada Allah s.w.t dan terima kasih kepada pihak Penerbit Majalah Aperture kerana memilih koleksi foto saya untuk terbitan bulan julai.

Meskipun foto-foto tersebut tidaklah sebaik mana dan sehebat fotografer yang lain, namum ini adalah sebagai langkah positif untuk saya terus memperbaiki segala kelemahan yang ada. Sesungguhnya bidang fotografi ini bukanlah satu bidang yang boleh dianggap mudah, remeh temeh, mengarut dan membuang masa. Tetapi bagi saya bidang ini merupakan satu bidang yang amat mencabar, menyeronokan, memuaskan, menguji kreativiti dan sebagainya.

Tidak keterlaluan juga saya katakan, fotografer adalah merupakan seorang pelukis zaman, pengukir cerita pelbagai dimensi dan perakam kepada seni visual. Namum begitu hobi ini nampaknya mempunyai kos yang tinggi, terpaksa mengeluarkan wang ringgit untuk memiliki kamera yang diinginkan, lensa yang bersesuaian, aksesori yang pelbagai dan seumpamanya.

Namum semua ini tidaklah mematahkan semangat bagi mereka yang bergelar fotografer. Meskipun terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan segala kelengkapan fotografi, tetapi pulangannya adalah lumayan. Antaranya bagi saya ialah pulangan dari segi kepuasan intrinsik itu sendiri.

Berbalik kepada cerita di sebalik foto-foto tersebut. Foto 1: Mengkabong. Foto ini saya fikir memang menarik kerana suasana pada hari tersebut memang agak berlainan dari sebelum ini saya rakam. Untuk makluman lokasi foto tersebut telah banyak kali saya rakam semenjak 5 tahun lepas dan akhirnya pada hari bertuah tersebut, mata hati saya berkata 'inilah fenomena alam yang saya nanti-nantikan' dan inilah rakaman yang terbaik pernah saya hasilkan'. Kemudian tergerak hati saya untuk mengirimkan foto tersebut ke pihak Penerbit Majalah Aperture.

Foto 2: Sang Labah-labah. Foto ini saya rakam ketika mengadakan sesi outing ke Kundasang Memorial Park, Ranau bersama keluarga saya. Planning datang ke lokasi ini bukanlah untuk merakam foto makro tetapi lebih kepada rakaman biasa-biasa sahaja berkaitan dengan sejarah peperangan suatu masa dahulu. Namum begitu kalau sudah rezeki namanya, pasti tidak akan kemana. Saya terserempak dengan labah-labah ini yang kebetulan sedang bertaut kemas di sarangnya. Peluang ini pastinya saya tak akan lepaskan kerana, saya memang seorang yang meminati aliran makro, lantas saya tukar lensa Canon 50mm saya kepada Tamron 90mm dan hasilnya agak lumayan.

Akhir kalam ucapan terima kasih kepada Pihak Majalah Aperture kerana terpikat dan menghargai hasil-hasil karya saya. Kepada ahli keluarga saya, nampaknya tak sia-sia sesi outing Kundasang yang kita rancang sekian lamanya. Rakan-rakan seperjuangan terima kasih tunjuk ajar kalian, kerana kalianlah saya perolehi ilmu sedemikian rupa.

Link Facebook Majalah Aperture;
http://m.facebook.com/ApertureMag
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pokok Menggerikan Di England

Sepohon pokok yang diberi nama Stowlangtoft yang terletak di Bury St Edmund, Sufflolk kelihatan menggerikan kepada sesiapa juga melihatnya. Pokok ini pada mulanya ditemui oleh David Garnham dan ketika ini pokok ini telah mencapai ketinggian 21 Meter.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Facebook Perkenalkan Sesuatu yang Baru Kelak.

Semenjak kebelakangan ini Social Networking amatlah popular di kalangan penduduk bumi. Kalau tak online Facebook, Twitter, MaySpace dan sebagainya untuk seharian agak tidak seronok rasanya. Apa tak lagi jikalau punyai kepentingan perniagaan dan sebagainya.

Namum buat masa kini tidak ada lagi yang sehebat dan popular seperti Facebook. Dari sumber maklumat yang diperolehi untuk Malaysia sahaja jumlah pemilik akaun Facebook ialah 12 Juta.

Menyedari betapa popularnya Facebook dari hari ke hari pemiliknya iaitu Mark Zukerberg baru-baru ini mengumumkan bahawa pada masa terdekat ini Facebook akan menawarkan sesuatu yang baru. Dan ini sudah pasti membawa kepada peningkatan terhadap beberapa aspek dan fungsinya. Sama-samalah kita nantikan berita baru tentang Facebook ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:Hotmail 10 Kali Ganda Lebih Pantas

Kali ini pihak Microsoft mengumumkan bahawa aplikasi email mereka iaitu Hotmail 10 kali ganda lebih pantas dari sebelum ini iaitu Disember 2010. Hal ini berikutan proses naik taraf yang telah dilakukan oleh pihak Microsoft untuk bersaing di kalangan para pengguna email seperti Gmail dan sebagainya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.