Nampaknya pihak Jabatan Pertahanan Amerika(US Department Of Defense) masih menaruh keyakinan kepada pihak Blackberry sebagai smartphone rasmi mereka. Seperti sedia maklum sebelum ini pun pihak Pentagon tetap memilih Blackberry untuk kegunaan para pegawai tenteranya.
Pemilihan Blackberry sebagai smartphone rasmi mereka adalah kerana ciri keselamatan yang ada pada Blackberry yang amat tinggi.
Sebelum itu pihak U.S.Army and Defense Information System Agency(DISA) telah menguji sebanyak 7 model Blackberry(OS7), dan hasil ujian tersebut kesemua model tersebut berjaya melepasi tahap keselamatan berprestasi tinggi dan telah digunakan untuk kesemua pegawai tinggi tentera.
Seperti sedia maklum juga Presiden Amerika, Barack Obama yang juga merangkap Commander In Chef kepada armada tentera Amerika turut menggunakan Blackberry dalam urusan pentadbirannya dan peribadinya. Mungkin kerajaan Malaysia patut menilai dan menguji sama smartphone Blackberry sesuai atau tidak untuk urusan dan pentadbiran ketenteraan dan kerajaan. Dari pemerhatian penulis sendiri kebanyakan tokoh-tokoh politik di Malaysia memang ramai yang menggunakan smartphone Blackberry. Jadi lu fikirlah sendiri!, tepuk dada tanya selera...betulllll....
Akushatra BlackBerry®
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan