Premium WordPress Themes

27 Mac 2012

Rumor iPhone 5

Bilakah iPhone 5 bakal dilancarkan, dari cerita-cerita yang tersebar luas, iPhone 5 adalah merupakan model terbaik di antara model-model sebelum ini diilhamkan oleh Steve Job sebelum meninggal dunia tahun lepas.
Dari khabar angin juga mengatakan model ini bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini dan seperti biasa pihak Apple amat berahsia tentang produk mereka.
Antara kelainan dan teknologi baru yang bakal dibawakan oleh iPhone 5 kelak, berkemungkinan bakal menggunakan layar 4.6 Inci dan menggunakan Retina Display. Selain itu yang kini telah dipatenkan oleh pihak Apple ialah "Binding Protocol" iaitu satu ciri istimewa penghantaran data seperti fail, gambar, video dan data lain.
Penghantaran data ini dilihat begitu baik kerana data boleh dihantar pada rakan berbual ketika sedang menelefon.
Sebenarnya para peminat Apple kerap kali dikejutkan oleh produk-produk Apple seperti sebelum ini pada iPhone 4S iaitu Siri.

Tiada ulasan: