Premium WordPress Themes

16 Ogos 2011

Hawkins Peluk Agama Islam

Seorang yang merupakan rapper terkenal Amerika Syarikat iaitu Hawkins kini telah memeluk agama islam. Sebelum ini Amir(nama islamnya) hidup tidak berhaluan, berlebih-lebih dalam kemewahan, berfoya-foya serata dunia. Namum siapa sangka kehadirannya ke Abu Dhabi telah merubah pegangan hidupnya dari seorang rapper kepada seorang muslim yang kuat beribadat.

Apakah alasan dan sebab musabab Amir memeluk islam. Menurut beliau antara perkara yang berjaya menarik perhatiannya untuk memeluk islam ialah;

1. Dia tertarik melihat umat islam bersolat 5 kali dalam sehari tanpa ada perasaan jemu dan bosan. Semua ini semata-mata untuk Allah s.w.t.

2. Umat islam punyai cara komunikasi yang amat hebat dan berjaya memikatnya beriman kepada Allah.

3. Islam melayan umatnya dengan saksama serta meletakan sesuatu di tempatnya dengan betul.

4. Islam mendidik penganutnya berakhlak mulia, berbudi perkerti dan sopan.

Semoga dengan kisah hidup Hawkins atau Amir ini dapat memertingkatkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t dan rasulnya.
Dari Sharif Putra

Tiada ulasan: