Pihak twitter.com baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membuat siri pembaharuan kepada fungsi carian pada halaman twitter mereka. Antara yang diberikan nafas baru ialah fungsi carian media, gambar dan video yang boleh diselitkan ke halaman twitter masing-masing. Ini bermakna para pemilik akaun twitter boleh membuat carian gambar dan video kemudian menyelitkan pautan pada twitter masing-masing. Ciri baru ini sememangnya menarik dan kemungkinan akan menemui para pemegang akaun twitter beberapa minggu lagi.
02 Jun 2011
01 Jun 2011
Proton Tuah Dipamerkan Di Yokohama, Jepun
Proton Tuah
Model Konsep Proton Tuah yang dipamerkan di Automotive Engineering Exposition ,Jepun dikatakan adalah sebagai model gantian kepada Persona atau Persona R. Proton Tuah ini dikatakan mempunyai ciri-ciri teknologi seperti menawarkan photo chromatic glass roof, LED fog lamp, lampu belakang LED, door handle berlampu, spoiler boleh laras dan banyak lagi yang pasti mengejutkan para peminat kereta tempatan. Apa tak lagi berdasarkan kepada citarasa masyarakat tempatan yang suka mengubah suai kenderaan kepada yang lebih menarik. Jawapannya ialah Proton Tuah yang harus mendapat tempat di hati para penggemar kereta. Syabas dan tahniah kepada Proton dengan kesungguhan yang ditunjukan, rakyat Malaysia pasti gembira dengan berita kemunculan Proton Tuah ini, semoga impian menjadi kenyataan.
Semua foto adalah sumber ihsan dari http://www.sembang-auto.com/
Twitter Memperkenalkan Butang Follow
Sebelum ini blog dan website kita hanya mempunyai button like box dari facebook, tetapi kini kalian bolehlah menggunakan dan mengintergrasikan butang Follow yang baru sahaja diperkenalkan oleh Twitter di blog atau laman website masing-masing.
Dengan pengenalan butang follow ini juga akan membolehkan rakan-rakan mengikuti perkembangan terbaru berkenaan tuan punya laman web atau blog dari semasa ke masa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
31 Mei 2011
Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Di Sungai Gombak
Sampainya hati manusia berhati binatang ini, sehinggakan tergamak membuang bayinya yang baru sahaja dilahirkan. Bayi tersebut ditemui di tepi sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan(LRT) Titiwangsa. Mayat bayi tersebut ditemui di celah-celah batu tepi sungai tersebut oleh orang awam. Dipercayai juga bayi tersebut dilahirkan di tempat lain dan kemudian dihanyutkan ke dalam sungai berkenaan.
Nampaknya kisah yang berlaku terhadap Nabi Musa yang sekian lama dahulu berlaku telah berulang pada zaman kita sekarang ini. Yang membezakannya ialah kisah Nabi Musa di hanyutkan di sungai oleh ibunya ialah sebagai kisah teladan kepada manusia dan punya hikmah yang Allah s.w.t tunjukan kepada Firaun. Namum kes buang bayi di sungai Gombak ini berlainan pula, ini merupakan kebiadaban, kedangkalan dan keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi. Sama-samalah kita berusaha untuk tidak terlibat dalam hal-hal sebegini.
Fakta Penting
Gambar Hiasan
2. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah.
3. Jika usus kecil sesorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
4. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
5. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
6. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 km dalam tubuh manusia.
7. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Langgan:
Catatan (Atom)