Premium WordPress Themes

27 April 2011

Hari kiamat manusia bangkit dari tulang sulbi

Assalamulaikumm dan Selamat Sejahtera sekalian. Dikatakan bahawa di hari kebangkitan kelak iaitu apabila kiamat sahaja. Segala ada di bumi dan cekrawala akan hancur musnah, kecuali yang tinggal hanyalah Allah s.w.t yang maha agung.

Maka di hari tersebut setelah manusia khususnya yang telah lama meninggal dunia atau baru akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t untuk dihisab segala amal baik dan buruk. Ada nas yang mengatakan bahawa manusia akan dibangkitkan melalui tulang sulbinya atau nama saintifiknya Coccyx.

Tulang sulbi adalah tulang asal manusia yang tidak akan hancur meskipun telah sekian lama tertanam di perut bumi. Abu HUrairah meriwayatkan, Rasulallah s.a.w bersabda " semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang darinya ia mula diciptakan dan darinya dia akan dibangkitkan".
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Fast & Furious 5









Nantikan aksi ngeri Fast & Furious 5 yang akan menemui para peminat khususnya di Malaysia di pawagam pada 5 Mei ini.

FF5 kali ini masih mengekalkan barisan pelakon utamanya iaitu Vin Diesel dan Paul Walker yang sememangnya sinonim dengan filem ini. Pernah suatu ketika hero filem ini bukannya Vin Diesel namum bagi saya ada kurang ummhh la.

Untuk kali ini tambah menyengat lagi dengan kemunculan Dwayne Johnson atau lebih popular dengan jolokan nama The Rock. Sama-samalah kita nantikan filem hebat ini dengan dentuman mesin-mesin yang memecahakan speaker pawagam nanti.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

26 April 2011

Harga IPad 2 Malaysia

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Rasanya sudah lama menanti, asyik tertanya-tanya dan sebagainya berkenaan dengan produk Apple  IPad 2 ini. Kejayaan siri pengenalan pada IPad 1 sebelum ini membuatkan pihak Apple lebih bersemangat untuk membuat siri pembaharuan kepada model baru iaitu IPad 2.

IPad 2

Kini IPad 2 dikhabarkan akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada tanggal 28 April ini. Segala spesifikasi tentang produk ini sudahpun diketahui ramai oleh kalangan para peminatnya, cuma hanya tinggal yang menjadi teka teki sehingga kini ialah berapakah harganya.

Untuk itu di sini terdapat beberapa butiran harga berkenaan dengan produk baru ini mengikut perkiraan oleh salah sebuah laman teknologi iaitu http://www.mobile88.com/

WiFi version:

16GB    RM1599
32GB    RM1899
64GB    RM2199
 

WiFi + 3G version:

16GB   RM1999
32GB   RM2299
64GB   RM2599
 

Smart Cover Poly:  RM150
Smart Cover Leather:  RM250

25 April 2011

Pahala Hamil

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera para pengunjung blog ini, harapan semoga kita sama-sama sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t insyallah. Mari kita lapangkan sedikit masa untuk membaca serta mengetahui apakah pahala bagi wanita yang hamil.

Setiap isteri merasa amat gembira bila mengetahui dirinya hamil dari benih suami yang tercinta. Namum terdapat juga wanita yang tidak mahu hamil kerana tidak mahu menanggung risiko dan kesengsaraan menjaga bayi. Kalaulah wanita tersebut mengetahui betapa besarnya pahala wanita hamil, nensya ia tidak akan bertindak sedemikian.

Hamil adalah tugas dan amanah mulia yang diberikan oleh Allah s.w.t selagi tidak menyalahi tuntutan agama. Menyedari hakikat betapa besarnya pahala wanita yang hamil itu, janganlah takut atau enggan untuk hamil, hal ini kerana isteri yang hamil itu dapat membuktikan kepada suaminya bahawa dia adalah wanita yang subur. Maka suami berhak mencurahkan seluruh perhatian, kasih sayang dan cinta kepadanya berikutan berseminya insan tersayang di rahimnya.

Wanita yang hamil juga akan memperolehi pahala selama ia mengandung, setelah melahirkan bayinya hatinya akan dilanda ketenangan, sejuk dan penuh kasih sayang seorang ibu. Tetapi seandainya ia menemui ajalnya ketika melahirkan bayinya, Allah s.w.t berjanji ia mati sebagai syahidah dan ditempatkan di syurga tanpa hisab. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan keistimewaan wanita hamil ini, selain berupa pahala tetapi juga dari aspek kesihatan dan psikologi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

23 April 2011

Iphone 5


Bagi para peminat produk Apple khususnya produk smartphone, dikatakan Iphone 5 akan muncul menjelang bulan september ini. Sedikit spesifikasi yang diperolehi berkenaan iphone 5 ini ialah dari segi peningkatan kamera kepada 8 mp. Bentuknya pula menyerupai seperti ipod, tak tahulah pada penilaian anda.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone