Premium WordPress Themes

31 Mei 2011

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Di Sungai Gombak

Sampainya hati manusia berhati binatang ini, sehinggakan tergamak membuang bayinya yang baru sahaja dilahirkan. Bayi tersebut ditemui di tepi sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan(LRT) Titiwangsa. Mayat bayi tersebut ditemui di celah-celah batu tepi sungai tersebut oleh orang awam. Dipercayai juga bayi tersebut dilahirkan di tempat lain dan kemudian dihanyutkan ke dalam sungai berkenaan.

Nampaknya kisah yang berlaku terhadap Nabi Musa yang sekian lama dahulu berlaku telah berulang pada zaman kita sekarang ini. Yang membezakannya ialah kisah Nabi Musa di hanyutkan di sungai oleh ibunya ialah sebagai kisah teladan kepada manusia dan punya hikmah yang Allah s.w.t tunjukan kepada Firaun. Namum kes buang bayi di sungai Gombak ini berlainan pula, ini merupakan kebiadaban, kedangkalan dan keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi. Sama-samalah kita berusaha untuk tidak terlibat dalam hal-hal sebegini.

Fakta Penting

Gambar Hiasan

1. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

2. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah.

3. Jika usus kecil sesorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

4. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

5. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

6. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 km dalam tubuh manusia.

7. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Elektrik Naik 7%, Gas Asli Diapungkan

Mulai 1 Jun ini Kerajaan Persekutuan akan menaikan tarif eletrik dengan purata 7.12 peratus yang juga merupakan strategi kerajaan mengurangkan kadar subsidi. Manakala gas asli pula dinaikan RM3 setiap mmBtu setiap 6 bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016 apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

29 Mei 2011

Barcelona Juara UEFA Champions League 2010/2011


Tahniah kepada pasukan bola sepak Barcelona yang telah berjaya merangkul gelaran juara UEFA Champions League 2010/2011. Kejayaan menewaskan pasukan gergasi english Manchester United di Stadium Wembley dengan jaringan 3-1 memastikan mereka adalah selaku juara kali ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 Mei 2011


Kini secara diam-diam pihak RIM yang merupakan pengeluar siri telefon pintar(smartphone) BlackBerry bakal melancarkan satu lagi model smartphone mereka iaitu yang dikenali sebagai BLackBerry Bold Touch 9860.

Model baru ini sebenarnya masih belum berada dipasaran, namum foto-foto model ini telah terlihat di internet. Apakah yang istimewanya model terbaru ini. Dari speksifikasi yang diperolehi model ini dikuasakan dengan Os 7, keupayaan CPU 1.2 Ghz, RAM pula ialah 768 MB. Manakala kamera tidak ada perubahan dibawakan untuk model ini, hanya sekadar 5Mp, video 720p. Informasi berkenaan screen pula ialah 3,7' WVGA 253 DPI.

Untuk maklumat lagi..klik link tersebut

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.