Premium WordPress Themes

28 Mei 2011

Nokia W10 Windows Phones 7

Akan muncul kelak Nokia W10 7 dengan speksifikasi yang baik. Membawakan platform microsoft windows phone 7 nampaknya satu siri pengenalan baru dari kerjasama antara pihak Nokia dan Microsoft.

Dari paparan screen, nampaknya smartphone ini menawarkan full touch screen 4.5 inci dengan resolusi 1280 X 720 piksel. Manakala CPU telefon pintar ini ialah 2Ghz Qual-Core, RAM 2GB, internal memori 32GB, slot MicroSD 64GB. Beberapa speksifikasi yang amat menarik bagi saya iaitu dari segi penampilan kamera smartphone ini iaitu 15 mp belakang dan 5mp untuk kamera depan. Istimewanya juga model ini dikuasakan dengan bateri yang cukup baik iaitu 2000mAh.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

24 Mei 2011

MYVI 2011 Spyshot






2011 dikhabarkan pihak Perodua akan melancarkan model terbaru mereka iaitu MYVI. Sama ada terus menggunakan nama keramat ini sebagai nama kepada model terbaru ini atau tidak sama-samalah kita nantikan. Seperti sedia maklum sebelum ini Perodua MYVI adalah merupakan produk killer yang telah menduduki ranking pertama dalam jualan beberapa tahun sehingga kini. Ini menunjukan kecenderungan masyarakt Malaysia lebih kepada model ini. Sebabnya mungkin rekabentuk yang cute, cantik dan power.

Saya sendiri telah menggunakan Perodua MYVI sejak model pertama lagi dan sehingga kini masih dalam baik. Dikatakan juga kuasa enjin untuk model terbaru ini ialah 1.5 dan yang selebihnya mari kita saksikan foto spyshot tersebut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CUSCO Beli Proton Satria Neo


Pihak pengeluar komponen kereta terkenal Jepun mengesahkan membeli sebanyak 30 buah Proton Satria Neo untuk digunakan dalam sukan Rali. Pihak CUSCO sememangnya satu jenama yang cukup sinonim dalam arena sukan Rali antarabangsa tersebut akan menjual semula kereta tersebut setelah mendapat sentuhan daripada pihak mereka.

Penghantaran Satria Neo akan dibuat secara CBU ke matahari terbit itu, yang juga merupakan satu lembaran sejarah buat pengeluar kereta nasional setelah menembusi pasaran Jepun yang juga merupakan pengeluar kenderaan terbesar dunia. Tahniah kepada pihak Proton atas kejayaan ini. Semoga terus memancu arus pembangunan industri permotoran negara dengan menghasilkan model-model bertaraf antarabangsa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.