Dari survey dan penelitian yang dilakukan oleh Trend Micro memperolehi keputusan bahawa Blackberry 7 milik RIM adalah merupakan OS paling selamat jika dibandingkan dengan iOS 5, Windows 7.5 dan Android 2.3. Penelitian ini adalah berdasarkan beberapa faktor penting seperti built-in security, tahap keselamatan aplikasi, autentikasi, wiping pada peranti, firewall dan virtualisation.
Dari hasil keputusan yang diperolehi Blackberry 7 memperolehi 2.89, diikuti tempat kedua oleh iOS 1.7, tempat ketiga Windows Phone 7.5 dengan angka 1.61 dan tempat terakhir adalah Android 2.3 dengan angka 1.37.
Dari laporan ini terpulanglah kepada para pengguna masing-masing, apakah peranti menjadi pilihan untuk kegunaan seharian. Dan yang paling penting ialah tahap keselamatan peranti yang kita gunakan, tidak mudah diceroboh, dijangkiti anasir virus atau mudah kucar-kacirkan. Yang nyata juga ialah kebanyakan dari golongan ahli politik, businnesman, seleberiti dan orang perseorangan lebih mempercayai peranti Blackberry untuk pelbagai urusan mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan