Premium WordPress Themes

12 Julai 2011

Yuna Duta Baru Canon Malaysia





Nampaknya rezeki Penyanyi Yuna semakin bertambah-tambah. Kini Yuna telah dilantik pula sebagai Duta Canon Malaysia sebaris dengan seleberiti sebelum ini seperti Simon Yam dari Hong Kong.

Ciri-ciri inovatif, kreatif, kualiti dan komitmen yang ada pada Yuna melayakannya sebagai duta pilihan oleh pihak Canon Malaysia. Selain itu dari menurut pihak Canon pemilihan Yuna juga bertujuan sebagai langkah strategi pemasaran untuk menarik golongan muda mudi memiliki produk Canon. Lepas ini ingat Canon ingatlah pula Yuna. Tahniah Yuna atas perlantikan tersebut, semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Canon " Delighting You Always".



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 Julai 2011

Spy Shots MYVI SE 1.5





Kali ni saja nak bawakan kepada kalian spy shots gambar-gambar MYVI 1.5 yang ditemui untuk menjalani ujian jalan raya. Model ini dikatakan bakal menyusul menemui para peminatnya pada hujung tahun ini.

Dari segi rupa bentuk luaran tidak banyak yang berubah, ianya kelihatan sedikit mengancam pada bahagian bumper depan dan belakang. Cuma yang sangat berubah ialah kapisiti enjin dari 1.3 kepada 1.5. Barangkali juga enjin yang diguna pakai pada Model ALZA dipasang pada model MYVI ini.

Sumber foto dari
http://saluran07.blogsot.com/


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gambar Kahwin Noh Hujan dan Mizz Nina

Noh Hujan & Mizz Nina

gambar kahwin mizz nina dan noh hujan

gambar kahwin mizz nina dan noh hujan

gambar kahwin mizz nina dan noh hujan

gambar kahwin mizz nina dan noh hujan

Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua, Tahniah kepada pasangan bahagia ini, Noh Hujan dan Mizz Nina. Akhirnya kalian bersatu dalam melayari kehidupan berumahtangga, harapan semoga kekal hingga ke akhir hayat.





Perkahwinan Tomok dan Ayu

Foto Resepsi Media

tomok raja jawa

tomok raja jawa

tomok raja jawa

tomok raja jawa

Koleksi foto perkahwinan Tomok dan Ayu yang dirakamkan ketika majlis resepsi media yang bertempat di Saloma Bistro,yang memakai pakaian ala-ala Jawa.  Tahniah Tomok dan Ayu semoga kekal hingga ke akhir hayat.






09 Julai 2011

Budak Magnet



Betul kah ni..rasanya memang betullah kes ni. Seorang kanak-kanak di bandar Koprivnica, Croatia, telah mendapat perhatian seluruh dunia, apabila dia menunjukan kebolehan luar biasanya menarik logam ke dadanya,termasuk perak dan duit syiling.

Menurut Ivan, pakcik kepada kanak-kanak tersebut, anak buahnya memiliki kekuatan yang luar biasa, bahkan dia sentiasa merasakan dia agak berbeza dari semasa ke semasa. Ini merupakan keunikan yang kebetulan berlaku pada dirinya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.