Premium WordPress Themes

04 Oktober 2011

Ikan Bergigi dan Bibir Manusia






Pertama sekali saya hanya mampu ungkapkan lafaz subahanallah, maha esa pada penciptaNYA. Banyak kejadian dan perkara dijadikan supaya kita berfikir serta beriman. Saksikan foto-foto ikan pelik yang bergigi dan bibir manusia ini.

Dari Sharif Putra

03 Oktober 2011

Apa Akan Jadi Dengan Akaun Facebook Kita, Selepas Kita Mati

Tajuk ini saya fikir sesuai diungkapkan masa ini, kerana Facebook masih lagi terpopular di seluruh dunia ketika ini. Di Malaysia sahaja jumlah pemilik FB dalam menjangkau angka 11 juta juga.

Namum begitu balik pada tajuk yang nampak seram. Apa akan jadi dengan akaun FB kita, setelah kita mati kelak. Akaun FB tersebut pastinya hanya diri kita sahaja yang tahu, dan segala entri gambar-gambar seksi yang diupload sebelum ini terus menerus menjadi bahan santapan kaum yang tak berwajib, maka si mati secara terus menerus terseksa di kubur kerana akaun FBnya tak dapat ditutup.

Malang sungguh diri kita di alam kubur yang terus menerus terseksa, lantaran gambar-gambar seksi, bogel, tudung sangkut, dada terhidang, selak sana sini, rambut color-color lagi angkara diri sendiri yang gabrah memasukan foto-foto hits kita ke FB.

Peringatan pada diri saya, ahli keluarga dan rakkan-rakan sekalian hentikanlah uploadkan gambar-gambar seksi kalian sebelum seksa di alam kubur kelak angkara fb.


Dari Sharif Putra

02 Oktober 2011

Kini Pengguna BlackBerry Boleh Install Applikasi Radio Tempatan

Kini pemilik BlackBerry yang gemarkan radio, terutamanya radio tempatan seperti ERA, Sinar,Hitz,My fm,Mix fm,THR Raaga, THR Gegar, Lite fm dan XFM boleh cuba install ke BlackBerry kalian. Untuk makluman juga pihak AMP menjelaskan siaran radio ini hanya boleh dinikmati menerusi data internet, maka itu ianya hanya sesuai bagi pengguna yang melanggan internet.
Sumber applikasi oleh AMP Sdn Bhd
Dari Sharif Putra

Nescafe Memudaratkan Kesihatan

Tanpa banyak mengkaji, meneliti dan prihatin terhadap apa yang kita makan dan minum setiap hari, sebenarnya menjadi penyumbang kepada bahaya pada kesihatan diri kita. Tambahan lagi apabila makanan atau minuman itu dibungkus dengan cantik dan menawan sehinggakan menggaburi kita dan lupa meneliti apakah kandungan, risiko serta khasiatnya.

Dari itu sempat juga kiranya saya mencari maklumat berkaitan dengan minuman nescafe ini, tapi lebih memberi fokus pada nescafe 3 in 1. Antara risiko yang boleh memudaratkan kesihatan kita ialah, minuman ini tidak baik dan merosakan buah pinggang. Manakala krimer yang terdapat di dalam campuran minuman ini menyebabkan jantung rosak, krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit( non dairy creamer).

Berikut beberapa tanda-tanda kesan dari pengambilan 3 in 1.
-Sering sakit dada
-Kurang daya tahan terhadap panas terik matahari, byk berpeluh dan tidak selesa.
-Jantung kerap berdebar-debar dan diikuti dengan dahi berpeluh.


Dari Sharif Putra

01 Oktober 2011

Kapsul Seperti Kapal Nabi Nuh Di Jepun



Negara Jepun seringkali dilanda oleh bencana alam seperti Tsunami. Bencana ini seolah-olah seperti berlakunya kiamat pada mereka yang dilanda musibah ini. Pada 11 Mac lepas menyaksikan kiamat kecil telah melanda utara Jepun dan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa.

Menyedari kesan bencana ini, sebuah syarikat di Jepun telah mencipta sebuah kapsul yang berbentuk bulat, boleh memuatkan seramai 4 orang dan terapung seperti bola. Kapsul ini dicipta dengan mendapat idea dari kapal nabi nuh suatu masa dahulu. Kapsul ini berharga RM12,500(¥300,000)


Dari Sharif Putra