Premium WordPress Themes

22 Januari 2012

Di Manakah Silap Guru



Baru-baru ini kecoh cerita terdapat segelintir pelatih PLKN masih tidak boleh menguasai 3M, apa ceritanya dan apa pula sebabnya. Bila isu seperti ini muncul lebih-lebih lagi bila disensasikan oleh ahli politik dan media, semua orang berminat mengetahui perkembangannya. Ada juga yang berfikiran positif dan ada juga yang berfikiran negatif, pokoknya sekolahlah dan guru-gurulah yang jadi mangsa, memang tabiat manusia macam tu, tak nak mengaku salah sendiri, salahkan orang lain adalah. Mari kita ikuti nukilan bernas ini, agar kita sama-sama jernih lagi berkilat.

'SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:
Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada
.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.
AKMAL FAIRUZ Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Sumber: Utusan Malaysia On-line Forum 16 Januari 2012 di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.
Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:
Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.
AKMAL FAIRUZ Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Sumber: Utusan Malaysia On-line Forum 16 Januari 2012

21 Januari 2012

Apabila Lori Arak Terbalik

Apa kata anda terutamanya yang sealiran kepercayaan dengan saya, agakanya memang betul juga yang menyatakan Malaysia hub minuman keras(arak) antara yang terbesar.

Bila kejadian macam ni berlaku sekurang-kurangnya masyarakat akan bercerita dengan pelbagai arah tuju cerita masing-masing mengikut sedap mulut. Saksikanlah gambar-gambar ni, apa kata anda, lokasi kejadian di Kuantan-Pahang tempat orang paling berkuasa di Malaysia

18 Januari 2012

Kata Pujangga

Assalamulaikum dan Sejahtera ahli keluarga serta rakan taulan sekalian, mari kita kongsikan kata-kata pujangga ini, meskipun nampak ringkas namun mampu merungkai beribu makna, walaupun sedikit natijahnya berjela-jela. Maka itu mari kita fahami akan maknanya lalu disertai dengan amalanya.

"Menghadapi masalah ada caranya, tumpukan kepada penyelesaian bukannya masalah tersebut"

"Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya - Ibnu Qayyum

"Sungguh terpuji orang yang malu bila menerima pujian, dan tetap diam bila tertimpa fitnah"

"Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya. - Albert Einstein

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

"Perhubungan dua insan yang terjalin berasaskan rasa hati, kebiasaannya akan kekal berkekalan"

16 Januari 2012

Al-Quran Terbesar Di Dunia Telah Dicipta

Kini pihak berkuasa Afghanistan telah berjaya menghasilkan al-Quran terbesar di dunia setebal 218 muka surat dengan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan. Ia berukuran sepanjang 228 sentimeter dan 310 lebar serta ditulis menggunakan 30 jenis tulisan kaligrafi.

Majlis perasmian al-Quran terbesar itu turut dilakukan serentak dengan pembukaan Pusat Kebudayaan dan Pameran Kesenian Hakim Nasir Khusraw Balkhi di Kabul, Jumaat lalu. Pesan dan peringatan pada diri ini dan rakan taulan sekalian, meskipun kecil atau besar macam manapun kitab Al-Quran yang penting penghayatan kita padanya, insyallah sama-samalah kita menhgambil iktibar darinya.

15 Januari 2012

Sheila Marcia Tanpa Seluar Dalam

Kalau di Malaysia ni confirm memang mampus gila dikerjakan oleh media, facebook,twitter dan orang ramai. Tapi tidak kurang juga hebatnya di Indonesia yang banyak mengecam dan mengutuk perbuatan Si Sheila Marcia kesayangan mereka ni.

Sama ada benar atau tak, menerusi twitter yang menggelarkan dirinya sebagai @neen_martha menyatakan si Sheila ni tak pakai seluar dalam ketika bergaya sakan didalam bilik air. Apa motif gambar tersebut entahlah. Tapi sebagai seleberiti hal ini memang kurang sopan dan menyalahi nilai kehidupan yang bermoral. Apa pun tengok sendirilah betul atau tak, tapi dosanya korang tanggung sendiri lah ya, saya nak share ja...ampun maaf

05 Januari 2012

Buaya Terbesar Berukuran 6.7 Meter Ditemui Di Australia

Seekor buaya berukuran 6.7 meter ditemui di benua Australia, lihat saja foto tersebut yang berjaya dirakam oleh para petani. Dari info yang diberikan oleh para petani juga, ada lebih kurang dua atau tiga lagi buaya yang lebih besar dari buaya dalam foto ini.