Premium WordPress Themes

26 Februari 2012

Canon 5D MK III Bakal Dilancarkan Pada Awal Minggu Hadapan?

Kini pihak Canon bakal memperkenalkan DSLR dari keluarga 5D mereka, selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Model yang dimaksudkan ialah Canon 5D MK III dijangka akan membawakan sensor 22-megapixel, skrin LCD bersaiz 3.2-inci, slot untuk kad CF/SD dan juga disertakan bersama 100% VF. Bagi para follower dan peminat Canon bersedialah untuk memiliki Mark lll yang serba canggih ini. Harganya dijangkakan sekitar RM10500...

07 Februari 2012

Kemaskini Nokia Belle


Proses naiktaraf dari Anna kepada Belle

Paparan muka depan lebih anggun

Pintasan yang lebih kemas dan pantas

Akhirnya tertunai juga segala janji-janji pihak Nokia untuk menaiktaraf Symbian Anna kepada Belle, pada saya Belle lebih laju, mantap dan anggun dari segi paparan mukanya. Sebelum ini pihak Nokia telah berjanji akan menaiktaraf Anna kepada Belle pada tarikh 8 Feb, nampaknya satu hari lebih awal sebelum tibanya 8 Feb Belle telah menjelma dan saya sendiri telah menaiktaraf Nokia E6 saya kepada Belle. 

Selain itu rakan-rakan yang memiliki model Nokia seperti Nokia N8, E7, X7, C6-01, C7, dan Nokia Oro  bolehlah menaiktaraf smartphone korang bermula dari sekarang, tetapi dengan syarat hendaklah menggunakan Nokia Suite 3.3 yang terkini dan lakukan dengan PC kalian. Selamat mencuba dan rasai perbezaannya...

06 Februari 2012

Facebook, Gambar Yang Telah Dipadam Masih Boleh Diakses

Fenomena dunia masa kini sibuk dengan pelbagai rangkaian sosial, sibuk dirumah,sibuk dikereta, sibuk di tempat kerja dan segalanya sibuk dengan semua ini. Apa sahaja aktiviti dan program kalau boleh semuanya dilonggkan dan dipamerkan di dalam Facebook. Termasuklah gambar-gambar sulit, dedah paha,betis, buah dada, punggung dan segalanya terdedah.

Kini menjadi ketakutan kepada semua pemilik akaun Facebook yang bersifat keterlaluan sehinggakan memuat naik gambar-gambar panas mereka dan apabila dirasakan kurang sesuai atau sebagainya langsung dipadam. Tetapi melalui ujian yang dilakukan oleh ArsTechnica, gambar yang telah dipadam 3 tahun lepas, masih boleh diakses sehingga ke hari ini. Ini bermakna gambar-gambar panas yang sebelum ini telah dipadam masih boleh diakses dan disalahkan gunakan oleh sesiapapun...bahayanya wahana Facebook, tu pasal hati-hati upload gambar-gambar sedara

Model Pertama Arab Peraga Bikini


Nampaknya benua Arab pun tak ingin ketinggalan dalam dunia fesyen yang menghairahkan dengan alasan semata-mata kerana sekadar dunia fesyen.
Model ini iaitu Huda Naccache, berumur 22 tahun berketurunan Arab/Israel telah menjadi model cover edisi baru majalah Arab Lilac, fesyen telah mengejutkan banyak pihak terutamanya di kawasan negara Timur Tengah. Seperti diketahui umum perkara sebegini tidak mudah berlaku di benua Arab yang sememangnya berpegang teguh pada ajaran islam.