Premium WordPress Themes

25 Ogos 2011

Game Mobil Popular

Permainan game menerusi mobile adalah aplikasi yang amat polular sekali di muat turun di internet. Justeru berikut ialah beberapa game mobil yang kerap di muat turun oleh kebanyakan individu pada IOS, Android dan Windows Phone.

IOS
1. Angry Birds
2. Planet vvs Zombies
3. Fruit Ninja
4. Cut The Rope
5. Texas Poker
6. Pocket Frog
7. Waterslide Extreme
8. Paper Toss
9. Air Penguin Lite
10. Bubble Tap Tap Free

Android
1. Abduction
2. Air Control Lite
3. Angry Birds
4. Gem miner
5. Jewel
6. NinJump
7. Bakery Story
8. Can Knockdown

Windows Phone
1. Mars Runner
2. Zombies vs Aliens
3. Armored Drive
Dari Sharif Putra

Steve Jobs Bersara Dari Apple

Demikianlah tajuk hangat yang diperkatakan oleh seluruh dunia teknologi pada pagi ini. Iaitu Steve Jobs telah bersara dari Apple, buat masa ini masih belum diketahui akan persaraan beliau, namum kemungkinan berkait rapat dengan faktor kesihatan beliau.

Dalam pada itu juga Steve Jobs menamakan Tim Cook sebagai CEO Apple yang baru menggantikannya. Tim Cook sebelum ini ialah merupakan orang yang dipertanggungjawabkan di bahagian jualan dan operasi Apple di seluruh dunia.

Sayangnya sudah pasti para peminat Apple menantikan khabar pelancaran iPhone 5 dan iPad 3 oleh Steve Jobs sendiri pada bulan september atau oktober ini.


Kiriman Dari Shatra

21 Ogos 2011

Iklan Kontroversi Nurul


Begitulah gaya dan aksi Nurul Huda Wahab apabila mengayakan salah satu iklan produk pelangsingan badan Glow & Glamour dengan berpakaian menjolok mata, tambahan lagi berlatarbelakangkan gambar masjid. Iklan ini amat menyinggung perasaan sesama umat islam yang tengah beramal ibadat di bulan mulia ini iaitu bulan ramadhan. Pada saya Nurul sungguh berani dan kurang bijak memperagakan bentuk tubuh badan yang kelihatan cantik dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Pesanan untuk Nurul banyak-banyaklah beramal ibadat di bulan yang mulia ini, semoga tabah menghadapi segala pancaroba kehidupan ini.

20 Ogos 2011

Celcom menawarkan Blackberry Bold 9900

Seperti sedia maklum sebelum ini dua telco telah menyatakan komitmen mereka untuk menawarkan peranti model terbaru Blackberry Bold 9900 iaitu Digi Dan Maxis. Dan yang terkini pula ialah pihak Celcom dengan mengeluarkan mesej komitmen mereka untuk membawakan Blackberry Bold 9900 kepada para pelanggan mereka.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2011/08/celcom-bb.jpg
Dan maklumat seterusnya kalah berkenaan dengan harga. Dari sumber yang diperolehi harga peranti ini kalah sekitar RM2188 tanpa sebarang kontrak dare Brightstar Malaysia.

17 Ogos 2011

M-Disc Pengganti DVD Kelak

Suatu masa kelak M-Disc akan menggantikan secara sepenuhnya peranan DVD. Bagi mereka yang mempunyai file-file penting dan ingin menyimpannya dalam jangka masa yang lama dan selamat bolehlah menggunakan M-Disc ini.

Alat ini terjamin dari segi keselamatannya untuk menyimpan data-data penting anda, dan ianya tidak boleh corrupt atau rosak. Setakat ini fungsi utama M-Disc ialah sekadar write sahaja.


Dari Sharif Putra

16 Ogos 2011

Hawkins Peluk Agama Islam

Seorang yang merupakan rapper terkenal Amerika Syarikat iaitu Hawkins kini telah memeluk agama islam. Sebelum ini Amir(nama islamnya) hidup tidak berhaluan, berlebih-lebih dalam kemewahan, berfoya-foya serata dunia. Namum siapa sangka kehadirannya ke Abu Dhabi telah merubah pegangan hidupnya dari seorang rapper kepada seorang muslim yang kuat beribadat.

Apakah alasan dan sebab musabab Amir memeluk islam. Menurut beliau antara perkara yang berjaya menarik perhatiannya untuk memeluk islam ialah;

1. Dia tertarik melihat umat islam bersolat 5 kali dalam sehari tanpa ada perasaan jemu dan bosan. Semua ini semata-mata untuk Allah s.w.t.

2. Umat islam punyai cara komunikasi yang amat hebat dan berjaya memikatnya beriman kepada Allah.

3. Islam melayan umatnya dengan saksama serta meletakan sesuatu di tempatnya dengan betul.

4. Islam mendidik penganutnya berakhlak mulia, berbudi perkerti dan sopan.

Semoga dengan kisah hidup Hawkins atau Amir ini dapat memertingkatkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t dan rasulnya.
Dari Sharif Putra

15 Ogos 2011

Permainan Indoor Ketika Masa Rehat Di Pejabat

Berkerja seharian tanpa henti-henti kecuali masa makan tengahari, bersolat dan menonton tv kegemaran ketika waktu rehat di pejabat sesuatu yang membosankan. Hal ini sudah pasti dilalui oleh semua kaum pekerja sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Justeru mari kita ubah cara kita nak berehat dan mengisi masa rehat ketika berada di pejabat. Mari beriadah atau bersukan, rasanya tidak perlulah memilih sukan yang terlalu berat, cukup sekadar hanya untuk berseronok, bersosial dan menyegarkan tubuh badan kita. Apakah jenis permainan Indoor yang boleh dimainkan itu.


1.Permainan Ping Pong




2.Permainan Dart

3. Permainan Pool

4.Permainan Foosball


15 Perkara Mengenai Steve Jobs

Steve Jobs yang hari ini merupakan salah seorang usahawan yang amat dikagumi dan dihormati oleh dunia. Siapa yang tidak mengenali beliau disebalik kejayaan syarikat Apple yang mengeluarkan barisan produk-produk berkualiti serta berprestij. Boleh dikatakan setiap produk keluarakn Apple tetap dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Terkini antara barisan produk Apple yang mendapat sambutan menggalakan ialah iPad, iPad 2, dan iPhone 4 serta sedikit masa lagi iPhone 5 dan iPad 3 akan diperkenalkan. Mari kita lihat 15 perkara mengenai beliau.





Untuk mendapatakan kisah hidupnya secara lanjut bolehlah mengunjungi infografik seperti berikut OnlineSchools.org

14 Ogos 2011

Samsung Galaxy 10.1 Vs Apple iPad 2


Mari kita buat perhitungan serta perbandingan antara kedua Tablet berkuasa kini iaitu antara Samsung Galaxy 10.1 dan Apple iPad 2 yang baru sahaja dilancarkan. Yang mana kena di hati silalah beli dan nikmati kehebatannya bersama membantu anda dalam kehidupan seharian.


11 Ogos 2011

CimbCliks Perkenal Laman Web Mesra Mobile Mudah Alih

Pihak Cimbclicks telah memperkenalkan ciri baru laman web mereka dengan mewujudkan laman web mesra mobile mudah alih(http://www.mobile.cimbclicks.com.my/). Ini bermakna laman web CIMBClicks mudah untuk diakses dengan peranti mudah alih dengan pantas dan kemas. Menerusi laman web ini pengguna boleh menyemak akaun, melihat sejarah transaksi, dan membuat pembayaran bil serta menghantar wang ke akaun CIMBClicks Favourite dengan mudah.
Dari Sharif Putra

10 Ogos 2011

Rumors IPhone 5





Mungkinkah ini adalah antara rumors IPhone generasi yang terbaru kelak. Yang menariknya contoh replika ini dikeluarkan oleh Mac Rumors sendiri. Seperti biasa pihak Apple merahsiakan reka bentuk setiap produk keluaran mereka. Dari pengamatan saya design berdasarkan kepada casing ini amat menarik, tambah-tambah ianya jika berwarna putih atau hitam. Sama-samalah kita menantikan IPhone 5 yang bakal dilepaskan ada selewat-lewatnya pada bulan september atau oktober.

Dari Sharif Putra

Safee Sali Dilamar Kelab Bundesliga


Khabarnya Safee Sali telah dilamar oleh salah sebuah kelab bola sepak di Bundesliga, jika perkhabaran ini benar, maka akan terlakarlah sejarah baru dalam kamus bola sepak tanahair kita Malaysia. Sebenarnya perkembangan sebeginilah yang dinantikan-nantikan khasnya untuk bola sepak Malaysia. Semoga impian Safee Sali tercapai dan melakar sejarah buat nadi bola sepak Malaysia dan Asia khususnya.

Dari Sharif Putra

Android Ice Cream Sandwich vs Blackberry OS 7


Isu akan dikupas selepas ini iaitu perbandingan antara dua gergasi penyedia peranti, antara Google Android dan RIM Blackberry OS7. Secara ringkas perbandingan telah dibuat dan keputusannya ialah seperti berikut;
1. Web - Winner - BB 0S7
2. Hardware - Winner - Android 2.4
3. Usability - Winner - BB OS7
4. Application - Winner - Android 2.4
Dari Sharif Putra

07 Ogos 2011

Samsung Galaxy 10.1






Gambar-gambar Samsung Galaxy 10.1 yang akan dilancarkan di Malaysia sikit masa lagi. Jom layan gambar tablet terbaru Samsung ini.
Dari Sharif Putra

Koleksi Lirik Lagu Hari Raya

Salam Dunia-M.Nasir

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu
Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti
( 1 )
Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan
( 2 )
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
( 3 )
Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan
( ulang 1, 3 )
Inilah hari kita oh…
( ulang 2 3X )


Lirik Lagu Indahnya Beraya Di Desa- Azlina Aziz
  
Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia
Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha ‘pakar’ hati orang tua

Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan

05 Ogos 2011

Isteri Ketua Pasukan Singapura Menghina Safee Sali dan Amirul Hadi

Ada macam-macam berlaku dalam arena bola sepak kebangsaan kita, belum pun terubat kedukaan kita dengan kekalahan teruk pasukan Harimau Malaya terhadap Lion, kini muncul pula satu penghinaan oleh isteri ketua pasukan Singapura terhadap Safee Sali dan Amirul Hadi.

Hidayah Sharil isteri kepada ketua pasukan Singapura telah mengelar kedua-dua pemain kebangsaan kita sebagai monyet menerusi aksi mereka pada perlawanan lepas. Tomahan ini telah dilemparkan menerusi akaun Twitternya iaitu hidayah17.

Kenyataan tersebut amat mendukacitakan apa tak lagi beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif sedemikian. Hati dan perasaan para peminat bola sepak tanahair telah terguris. Ini terbukti apabila akaun twitter hidayah17 telah ditutup kerana mendapat serangan hebat dari para peminat bola Malaysia.

Bagi Safee Sali yang merupakan ikon baru bola sepak tanahair, sepatutnya kenyataan tersebut tidak harus dilemparkan oleh beliau yang juga merupakan isteri kepada sahabat baiknya, yang juga turut beraksi di persada liga Indonesia. Namum begitu Safee Sali memberi peluang kepada Hidayah untuk memohon maaf secara terbuka.


Dari Sharif Putra

04 Ogos 2011

Ally Iskandar Putus Tunang

Akhirnya ikatan pertunangan Ally Iskandar dengan Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama iaitu Nur Aishah Zainal terlerai di pertengahan jalan. Pertunangan yang dijalin pada 11 febuari lalu putus dan disahkan oleh Ally sendiri

"Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari perang yang besar".

Menurut Ally lagi antara sebab mengapa pertunangan mereka putus adalah kerana tiadanya keserasian di antara mereka.
 
"Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil memang berat untuk kami berdua. Kami dah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil," jelas Ally tenang.
  
Namum meskipun mereka telah berpisah menurut Ally, mereka tetap kawan dan tidak sampai bermusuhan. Semoga Ally dan Aishah tabah mebghadapi ujian ini.
Dari Sharif Putra

Mutiara Kata Ubat Tersembunyi



Assalamulaikum dan Salam hormat sekalian, alhamdulillah sampai kita ke hari keempat beramal ibadat di bulan penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Mari kita rungkai sedikit mutiara kata, meskipun nampak pendek dan ringkas namum maksudnya menjangkau berkilometer. Mungkin kalian pun faham maksud saya ini. Mutiara kata itu walau hanya dua atau tidak perkataan namum mampu mengoncang persada dunia. Baiklah mari kita sama-sama fahami, renungkan dan cuba praktikan dalam hidup, kerjaya dan bisnis kalian.
Hadiah Terbaik Ialah;

"Kepada kawan - kesetian
Kepada musuh - kemaafan
Kepada ketua - khidmat
Kepada yang muda - contoh terbaik
Kepada yang tua - hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan - cinta dan ketaatan
Kepada manusia - kebebasan"

Dari Sharif Putra