Premium WordPress Themes

29 Jun 2011

Waktu Smartphone Kerap Digunakan

Masa bilakah smartphone digunakan oleh seluruh penggunannya. Waktu awal pagi, tengahari, petang atau waktu malam. Fakta ini saya fikir menarik juga untuk di ketahui oleh kalian dan khususnya bagi rakan-rakan blogger. Kenapa blogger harus tahu tentang fakta ini. Dari tinjauan yang di buat pengguna smartphone semakin bertambah ramai dan ini menunjukan bahawa kecenderungan menggunakan Mobile Browser semakin popular.

Pelayar internet masa kini semakin menggemari mobile browser untuk melayari web dan blog kegemaran mereka setiap hari. Ini merupakan petanda amat bagus kepada blogger-blogger untuk menaikan traffik ke blog masing-masing. Namum begitu perkara yang harus tuan blog lakukan ialah dengan membuat sedikit setting pada blog masing-masing, agar blog kalian kelihatan seperti mobile browser yang mudah diakses menerusi smartphone.

Balik kepada tajuk waktu paling popular penggunaan smartphone dari sumber Ericsson ConsumerLab, mendapati bahawa waktu lewat petang adalah tahap tertinggi penggunaan smartphone, diikuti pada waktu malam dan seterusnya pada waktu tengahari. Melihat kepada fenomena ini memang jelaslah bahawa para pengguna smartphone amat gemar melayari internet pada waktu tersebut seperti Facebook, Twitter,Myspace dan sebagainya.

Nantikan entri akan datang "Apa Seronoknya Menggunakan Smartphone".....



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 Jun 2011

Antivirus Terbaik 2011

Setiap hari ada sahaja virus baru dikesan menerusi medan internet, hal ini memang memeningkan kepala. Mana tidak, jikalau PC atau gadjet kesayangan kita yang sarat dengan perisian ,koleksi foto menarik,serta dokumen yang penting hilang begitu sahaja, gara-gara terkena virus. Justeru sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang serangan virus, perisian antivirus yang terbaik seharusnya menjadi pilihan kita. Tetapi pastikan yang ori serta semestinya berbayar.

Berikut ialah senarai Antivirus Terbaik 2011 jika sekiranya kalian ingin membuat survey apakah perisian antivirus yang terbaik setakat ini.


1. Bitdefender Antivirus Pro 2011
2. Kaspersky Antivirus 2011
3. Norton Antivirus 2011
4. ESET NOD32 Titanium Antivirus
5. Trend Micro Titanium Antivirus
6. McAffee Antivirus Plus 2011
7. Panda Antivirus Pro 2011
8. Avast Pro Antivirus
9. Avira
10. Spyware Doctor With Antivirus 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

27 Jun 2011

Taburan Pengguna Smartphone Malaysia

Dari sumber maklumat yang diperolehi pengguna smartphone di Malaysia hanya mencecah 20%. Antara faktor mengapa masih ramai di kalangan pengguna masih belum menggunakan smartphone kemungkinan disebabkan faktor harga yang agak mahal sehingga mencecah 2 hingga 3 ribu. Ini adalah sesuatu yang agak mahal dan kurang berbaloi.

Selain itu mungkin juga disebabkan tidak mempunyai kepentingan untuk menggunakan smartphone, atau tidak tahu mengguunakan smartphone. Walaubagai manapun bagi mereka yang pernah menggunakan smartphone buat kali pertama mempunyai kecenderungan untuk terus menggunakan smartphone kerana faktor fungsinya yang menarik.

Berikut ialah taburan penggunaan tiga jenama utama yang menjadi kegemaran para pengguna di 4 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore dan Thailand.

Malaysia, Thailand dan Singapore para penggunaya lebih gemar menggunakan IPhone, diikuti oleh Android dan Blackberry. Namum di Indonesia pula berbeza rakyat tersebut lebih gemar menggunakan smartphone Blackberry, diikuti oleh Android. Dan yang peliknya rakyatnya kurang berminat dengan IPhone, entah kenapa begitu!.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

24 Jun 2011

Model Akan Datang Blackberry Bold 9900

    Pihak RIM's bakal melancarkan lagi produk terbaru mereka iaitu siri model Bold yang lebih power dari yang sebelum ini iaitu Bold 9780. Namum pada saya yang juga pengguna kepada beberapa siri model Bold sebelum ini iaitu Bold 9700 dan kini Bold 9780 setiap pengenalan siri model terbaru mereka, pastinya tidak mengecewakan dan pastinya memang mengkagumkan. Saya fikir tidak ada smartphone type QWERTY yang dapat menandingi smartphone Blackberry. Bukan nak puji dan bukan juga nak angkat lebih tetapi inilah realiti sepanjang pengalaman saya menggunakan produk Blackberry. Antaranya saya rasa menariknya smartphone Blackberry ini ialah, betapa mudahnya saya update, komen dan menulis entri baru pada blog saya. Semuanya amat mudah, ringkas, padat dan pantas.
    Baiklah balik kepada model terbaru kelak iaitu Blackberry Bold 9900 yang semestinya menawarkan peningkatan dari segenap aspek dari sebelum ini. Bold 9900 ini akan dikuasakan dengan OS 7 iaitu setapak lagi ke hadapan setelah memperkenalkan OS 6 pada Bold 9780. Untuk keterangan lanjut sila ikuti segala butiran di bawah.
  • Dimensions: 115 x 66 x 10.5 mm
  • 2.8" display
  • 3.5 mm Audio Jack
  • 5 Megapixel Camera with Autofocus and LED Flash
  • 8GB Internal Memory
  • Accelerometer sensor for auto-rotate
  • Bluetooth 2.1 + EDR
  • Face Detection
  • Geo-tagging
  • GPRS/EDGE
  • HSDPA / 3G+
  • Image Stabilisation
  • Loudspeaker
  • microSD Card Slot (TransFlash) (up to 32GB)
  • microUSB v2.0 port
  • MP3 Ringtones
  • Optical Trackpad
  • Proximity sensor for auto turn off
  • QWERTY keyboard
  • TFT capacitive touchscreen
  • Touch-sensitive controls
  • Vibrating alert
  • Weight: 130 grams
  • Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot
  • BlackBerry OS 7.0
  • 1.2GHz Processor
  • BlackBerry maps
  • Digital Compass
  • Document viewer/editor
  • GPS with A-GPS Support
  • HTML internet browser
  • Java, MIDP 2.1
  • Messaging: SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
  • MP3/WMA/eAAC+ player
  • MP4/H.263/H.264/WMV Player
  • NFC technology
  • Organiser
  • Voice dialling
  • Voice memo recording
Sebagai info bersama, setakat ini belum ada apa-apa maklumat lagi bila Bold 9900 ini akan hadir di Malaysia, sama-samalah kita nantikan produk hebat ini sebagai koleksi peribadi kalian.

Digi Umum Plan untuk IPad

Baru-baru ni pihak Digi telahpun mengumumkan Plan baru untuk IPad yang amat diminati oleh para penggemar gajet ini. Bagi mereka yang tertunggu-tunggu plan ini bolehlah terus berkunjung ke Digi Centre untuk melanggan plan baru untuk IPad. Berikut ialah carta plan IPad Digi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fesyen Menyerupai Syaitan Di Jepun

Apabila fesyen telah membuatkan manusia jadi hambanya, inilah jadinya seperti kebanyakan daripada pemuda pemudi di Jepun yang menyukai hobi fesyen menyerupai syaitan. Pelik juga mereka ini, apa yang menariknya fesyen buruk semacam ni. Yang pasti fesyen ini merbahaya ketika waktu malam, siapa yang tak seram bila terserempak dengan mereka. Tapi jikalau fesyen ni ada di negara kita confirm memang masuk lokap jadinya. Al maklumlah rakyat Malaysia ni cepat alert dengan hal-hal yang pelik seperti ni..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 Jun 2011

Batu Tersenyum

Entri kali ini bersahaja dan santai. Hanya sekadar nak rehatkan minda dari pelbagai kekusutan. Mari kita layan gambar unik dan aneh ini. Bagaimana batu boleh tersenyum. Dari sumber yang diperolehi batu ini terletak di negara Sudan. Sebagai peringatan kita semua, tak kiralah apa juga anutan serta kepercayaan, sesungguhnya inilah kekuasaan yang maha esa ditunjukan kepada seluruh umat manusia supaya timbul keinsafan serta kesedaran betapa agungnya segala ciptaanNYA.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Auralife Car Perfume

Produk-produk Auralife semakin mendapat perhatian dan permintaan laris di kalangan para pengguna kini. Terkini pihak Auralife telah melancarkan satu produk terbaru mereka iaitu Car Perfume, produk ini memang bagus, bukan sahaja sekadar pewangi diruang kereta kalian tetapi juga mempunyai khasiat. Berikut ialah beberapa khasiatnya.

Terdapat 7 khasiat serta keistimewaan yang kalian alami apabila menggunakan produk ini.

1. Menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu( dalam keadaan normallah kiranya, jangan pula tak tidur semalaman kemudian salahkan pula produk ni, x ok pun)

2. Tidak mudah letih

3. Bertindak menghilangkan bau yang tidak menyenangkan

4. Memberikan kesegaran berpanjangan

5. Wangian bertahan sehingga 30 hari

6. Memberikan daya fokus

7. Memberikan ketenangan.

Demikianlah 7 keistimewaan pewangi Auralife terbaru ini. Selain nak berwangi-wangi di dalam kereta kalian tetapi juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Tidak sebelum ini, kita menggunakan pewangi hanya sekadar nak mengharumkan ruangan dalaman kereta sahaja. Tetapi dengan menggunakan produk Auralife Car Perfume ini, ianya bukan sekadar pewangi tetapi ada segalanya. Saya sudahpun mencubanya anda pula bagaimana.

Harga hanya sekadar RM33.00 setiap satu dan boleh diperolehi dalam 6 jenis seperti Lemon Citrus, Green Apple, Grape Fusion, Orange Radiance, Lavender dan Pacific Air.

Segala produk ini dikeluarkan oleh ZZ Auralife Sdn Bhd dan halal kepada seluruh umat islam.

Info lanjut bolehlah layari
http://sanramilasan.blogspot.com


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

21 Jun 2011

Nokia N9 Dilancarkan

Pihak Nokia melancarkan siri model terbaru smartphone mereka di Singapura hari ini iaitu N9 yang membawakan peranti MeeGoo. Dari maklumat yang diperolehi N9 menawarkan pelbagai kesitimewaan yang sebelum ini ada pada N8. Antaranya ialah pada sistem perantinya yang sebelum ini hanya menggunakan Symbian ^3 pada model N8 dan yang terkini menggunakan MeeGoo pada N9. Berikut beberapa foto-foto N9


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 Jun 2011

Photoshop MYVI Model Baru

Mari kita layan siri model baru MYVI yang telah diedit menggunakan photoshop sebagai edisi modified akan datang. Maklumlah para peminat kereta di Malaysia ni tak akan duduk diam jika kereta masing-masing tidak dimodified, rasanya macam tak kena kalau diubahsuai dan sebagainya. Jom layan foto-foto ini. Foto dari www.info.kereta


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 Jun 2011

51 Portal & Website Kerajaan Diserang Hacker

Setakat maklumat yang diperolehi sejumlah 51 portal dan website kerajaan Malaysia telah dihack oleh sekumpulan penyerang yang menggelarkan diri mereka sebagai ANONYMOUS. Kumpulan hacker ini berkelakuan sedemikian adalah sebagai tindak balas mereka kepada tindakan kerajaan Malaysia menyekat 10 website download.

Untuk itu hacker ini telah menggodam banyak portal dan website kerajaan bermula dari seawal pagi semalam waktu Malaysia. Berikut adalah beberapa portal dan website kerajaan yang telah dihack.

http://www.parlimen.gov.my
http://www.cidb.gov.my
http://www.malaysia.gov.my
http://www.ptptn.gov.my
http://www.jobstreet.gov.my
http://www.jpj.gov.my
http://www.rmp.gov.my
http://www.coustom.gov.my
http://www.moha.gov.my

Sebenarnya ada banyak lagi portal dan website pihak kerajaan telah digodam oleh kumpulan Anonymous ini yang mempunyai domain gov.my. Setakat ini janganlah pulak website bank yang mereka hack. Namum begitu antara punca serangan ini adalah disebabkan tindakan pihak kerajaan menerusi SKMM menyekat 10 website untuk diakses oleh rakyat Malaysia. Siapakah identiti sebenar penyerang ini, sama-samalah kita tunggu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

51 Portal & Website Kerajaan Diserang Hacker

Setakat maklumat yang diperolehi sejumlah 51 portal dan website kerajaan Malaysia telah dihack oleh sekumpulan penyerang yang menggelarkan diri mereka sebagai ANONYMOUS. Kumpulan hacker ini berkelakuan sedemikian adalah sebagai tindak balas mereka kepada tindakan kerajaan Malaysia menyekat 10 website download.

Untuk itu hacker ini telah menggodam banyak portal dan website kerajaan bermula dari seawal pagi semalam waktu Malaysia. Berikut adalah beberapa portal dan website kerajaan yang telah dihack.

http://www.parlimen.gov.my
http://www.cidb.gov.my
http://www.malaysia.gov.my
http://www.ptptn.gov.my
http://www.jobstreet.gov.my
http://www.jpj.gov.my
http://www.rmp.gov.my
http://www.coustom.gov.my
http://www.moha.gov.my

Sebenarnya ada banyak lagi portal dan website pihak kerajaan telah digodam oleh kumpulan Anonymous ini yang mempunyai domain gov.my. Setakat ini janganlah pulak website bank yang mereka hack. Namum begitu antara punca serangan ini adalah disebabkan tindakan pihak kerajaan menerusi SKMM menyekat 10 website untuk diakses oleh rakyat Malaysia. Siapakah identiti sebenar penyerang ini, sama-samalah kita tunggu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 Jun 2011

Kuasa Pepatah

Meskipun hanya sekadar pepatah yang nampak ringkas dan bersahaja, namum mampu membawa kesan dan pengaruh yang kuat pada sesiapa yang boleh menerimanya dalam diri masing-masing. Dan saya pasti kalian semua punya kata-kata pepatah yang disimpan rapi disanubari buat kesekian lamanya, semenjak dari bangku sekolah dan sehinggalah alam pekerjaan.

Kalau dulu di alam persekolahan mungkin kita tidak asing lagi dengan pepatah seperti "usaha asas kejayaan" ataupun usaha tangga kejayaan dan sebagainya. Namun apa sebenarnya maksud yang tersirat disebalik pepatah tersebut. Meskipun nampak ringkas dan bersahaja namum punya kuasa sehinggakan berjaya merubah hidup kita dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Dari seorang pelajar yang malas, lembab, nakal dan jahat kepada pelajar yang rajin, pintar, baik dan budiman. Maka itulah kuasa pepatah yang nampak ringkas namum berbiasa merubah seseorang.

Saya suka dengan pepatah Cina ini yang berbunyi begini,

"Sesebuah kapal itu akan selamat jika tersimpan rapi di pelabuhan, namum bukan itu tujuannya dibuat".

Pepatah ini nampak bersahaja namum bila difikirkan, memang agak dalam maksudnya. Maksudnya mungkin lebih kurang begini. Sesorang yang hebat itu tidaklah boleh dianggap hebat jika kehebatannya itu hanyalah sebagai teori dan bahan cerita semata-mata, dan sepatutnya dia sendiri pergi membuktika segala kata-katanya, teorinya dan retoriknya itu. Kerana ilmu itu jika tidak dipraktikan adalah membazir dan membuang masa sahaja.

Patutlah orang Cina cepat maju dan lebih maju berbanding dengan bangsa kita, kerana mereka menyedari hakikat pepatah ini...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Jun 2011

Hazama Juara Akademi Fantasia(AF9)

Juara AF9 Hazama

Naib Juara AF9 Lena

Tempat Ketiga AF9 Fina

Tempat Keempat AF9 Azri

Seperti yang telah diramalkan Hazama adalah selaku juara AF9 musim terakhir. Naib Juara pula jatuh kepada Lena, Ketiga Fina dan tempat Keempat Azri. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Juara Akademi Fantasia( AF9)

Malam ini merupakan malam akhir konsert Akademi Fantasia, dan pada malam ini juga kita semua akan mengetahui siapakah akan menjadi juara buat musim ke 9(AF9).Dari apa yang saksikan sendiri Hazama adalah merupakan pelajar yang sentiasa konsisten dalam setiap konsert, saya berpendapat berkemungkinan Juara AF9 malam ini ialah Hazama. Mari kita saksikan dan nantikan detik debaran ini setelah kesemua pelajar telah membuat persembahan pusingan pertama.

11 Jun 2011

N8-01 Bakal Menyengat




Setelah berjaya dengan keluaran N8 kini pihak Nokia bakal memperkenalkan siri pembaharuan model N8 kepada model upgrade iaitu N8-01 yang lebih mantap dan canggih.
 
Berikut ialah spesifikasi N8-01
  • 4" CBD SuperAMOLED dengan Dragontrail Glass 16M Colours
  • QHD Resolusi
  • Symbian^3 with Qt UI
  • Qt 5 Platform
  • 16MP AF with Carl Zeiss Optics. With True Zoom Technology
  • Xenon Flash
  • 3,2 MP front camera with facelock feature
  • 1.2Ghz Dual Core
  • 1GB RAM, 1GB ROM, 32GB Storage, MicroSD support up to 32 GB
  • HDMI, Dolby Digital Plus
  • USB On The Go


09 Jun 2011

Operasi Pemutihan Bermula 1 Julai





Mulai 1 Julai ini pihak kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan operasi Pemutihan di seluruh negara. Elok sangatlah tu bila pihak kerajaan mengadakan operasi sebegini. Rasanya sudah lama operasi sebegini tidak dilaksanakan ke seluruh negara. Sepatutnya teruskan operasi pemutihan dari semasa ke semasa, jangan bermusim dan berjadual pula.

Bila kebanyakan akhbar dan stesen tv misalanya Bernama dan pihak TV3 menyiarkan berita tentang misi kerajaan ini. Rasanya kita tidak terkejut dengan nilai angka 2 juta PATI sedang bercuti, menetap dan beranak pinak di tanah air kita. Kalau misalanya di negeri Sabah soal PATI ini tak usah buat-buat terkejut. Mereka seolah-olah bebas bergerak, berniaga,bersosial dan tidak kurang juga dengan masalah jenayah yang mereka lakukan. Bila berkunjung ke pekan Lahad Datu, cuba-cubalah lepak di pasar dan Wisma Ramai-ramai. Kalian akan rasa terkejut, hairan, dan takut dengan situasi yang anda saksikan.

Saya sendiri bila berbuat demikian sekadar ingin merakam foto bukanya untuk di hantar ke akhbar atau stesen tv, tetapi hanyalah memenuhi hobi saya merakam foto jalanan. Apabila saya mengeluarkan kamera dan mula merakam gelagat para peniaga dan orang-orang disekitar pasar tersebut, mereka terus lari dan beredar dengan pantas. Pelik juga, kenapa harus lari bersembunyi jikalau tidak ada apa-apa yang mereka takuti. Jadi natijahnya kita sendiri faham kenapa mereka lari bersembunyi. Adakah tiada lesen berniaga, atau memang PATI. Hairan juga dibuatnya aktiviti mereka ini berjalan seperti biasa setiap hari, bagaimana dengan pihak berwajib ya, apa cerita mereka.

Satu situasi lagi yang tak sempat saya rakamkan ialah sepanjang pantai berhampiran Wisma Rama-ramai telah menjadi pelabuhan dan perkampungan sementara buat pendatang dan koloni suku pelaut yang tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri. Mereka ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan pantai tetapi berpelesaran sebagai peminta sedekah.
Itu adalah sebahagian dari daerah yang sempat dilawati entah bagaimana pula ceritanya di daerah-daerah lain. Syabas dan Tahniah kepada pihak kerajaan kerana melaksanakan operasi pemutihan ini, sebagai warga dan rakyat Malaysia, saya merasakan terancam dengan kehadiran, stail dan masalah yang mereka lakukan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bayi Maut Terjerlus Jatuh Ke Laut

Kesian bayi yang baru berusia 8 bulan, maut selepas terjatuh ke dalam laut menerusi lubang tandas curah rumahnya di perkampungan atas air di Kg Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu semalam. Mangsa bernama Alben Abdullah di temui mati terapung 25 meter dari tempat kejadian pada jam 2.40 petang oleh jiran tuan rumah. Bayi tersebut dikatakan keluar dari bilik dan merangkak menuju ke bilik air tanpa disedari oleh bapa saudaranya Rasil Abdul yang menjaga bayi tersebut. Kesian bayi tersebut, nampaknya kepada mereka yang berumah di atas air kena banyak berhati-hati supaya kejadian seperti ini tidak lagi berulang.


Tempat Kejadian

Lubang tandas tempat bayi terjatuh

08 Jun 2011

Seksinya Neelofa



Wow seksinya Neelofa ni, dia yang seksi orang lain plak yang seksa ha..ha..tapi berhati-hatilah yah, tengok aurat orang lain dosa namanya, bagi tengok lagi dosa. Sekadar renungan bersama, bukannya nak sekolahkan korang plak cuma nak share foto Neelofa yang semakin hot buat masa ni. Sehinggakan menjadi buruan golongan VIP...segala foto sumber dari www. mediamalaya.com


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Twitter

Walaupun korang semua memang sudah mengetahui apakah itu Twitter, apakah yang bestnya tentang twitter ini dan bagaiman menggunakan twitter. Saja saya nak tulis sebagai perkongsiaan bersama, ilmu yang baik best nak share kan. Yang tak best pun ada juga yang nak share betul tak?.

Baiklah apakah itu Twitter?.. Twitter ialah sebuah layanan Microblongging yang bertujuan untuk menjawab sebarang pertanyaan, perkongsiaan maklumat, foto dan banyak lagi di dalam blog kalian.

Meskipun terdapat terhad dari segi penggunaan karakter iaitu sebanyak 140, namum pengaruhnya semakin meningkat. Saya sendiri apabila menggunakannya terasa amat seronok. Kalau sebelum ini saya agak lembab dan lambat memperolehi apa-apa maklumat dan sebagainya, tetapi apabila mula menggunakannya terasa lain jadinya. Dari segi promote blog amat mudah dan simple. Setiap entri baru yang saya tulis menerusi blog saya akan cepat tersenarai ke timeline twitter.

Harus diingat oleh kalangan blogger twitter amat membantu traffic blog kalian. Meskipun blog saya ini tidak popular seperti blog-blog yang telah mendapat rank yang terbaik, tetapi ini adalah merupakan langkah terbaik untuk saya lebih maju dalam berkarya menerusi blog dengan bantuan twitter. Meskipun hanya sekadar 140 karakter tetapi membolehkan blog kalian akan dibaca, terlah, terjah dan diamati oleh seluruh dunia.

Memang best twitter ni kan. So apa tunggu lagi mulakan langkah dari sekarang, cipta akaun dan identiti twitter kalian supaya anda lebih dikenali dan memudahkan proses serta aktiviti blongging.

Sebagai perkongsian kepada follower blog saya bolehlah klik button follower twitter di atas sebelah kanan blog saya. Kalian follower twitter saya dan sebaliknya saya akan follower balik...agak mudah kan...selamat mencuba


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

06 Jun 2011

Pengemis Cantik Di China


Jika diperkatakan pengemis, semestinya kita terus terbayangkan wajah yang comot, kotor, jijik, pakaian compang camping, berbau, koyak rabak dan sebagainya yang tak baik-baik.

Tetapi berlainan pula jadinya dengan seorang pengemis perempuan muda di China ini. Pengemis ini jika kita perhatikan betul memang cantik dan cute. Mengapalah sampai mengemis begitu sekali. Gadis ini pernah menjadi bahan bualan di forum-forum, web dan blog di China sebelum ini. Alasan yang diperolehi ialah gadis ini terpaksa mengemis kerana hendak menyara hidup adiknya. Ada juga yang memberi saranan agar gadis pengemis ini berkahwin dengan orang kaya dan ada juga bercadang agar dia menjadi pelacur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 Jun 2011

Seks dan Remaja


Sejak kebelakangan ini banyak sangat kes-kes keterlanjuran di kalangan remaja. Dari kes keterlanjuran ini akhirnya menjadi aksi berulang kali dilakukan oleh kalangan remaja kini. Semakin loya dan menghairankan kita apabila remaja menjadikan seks ini sebagai satu hobi. Memang agak hairan bila mereka menjadikan aksi terlarang ini salah satu hobi.

Malu memang memalukan pengakuan yang dibuat oleh kalangan remaja ini, di mana letaknya maruah mereka, dan yang lebih memalukan kes ini banyak melibatkan remaja yang beragama islam. Sungguh dengkil dan aib remaja yang sepatutnta sibuk untuk memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu positif ini, tetapi ketagih dengan seks pula.

Dalam kes seperti remaja pada asalnya hendak pergi belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama di rumah kawan yang akhirnya terjebak dengan seks. Pada mulanya mereka hendak cuba-cuba sahaja, tetapi lama kelamaan akhirnya menjadi ketagih pula kepada seks. Sehingga akhirnya remaja tersebut mengandung dan diketahui oleh keluarga masing-masing.

Jadi kepada ibu bapa yang memberi keizinan kepada anak-anak remaja mereka pergi tusyen atau belajar bersama di rumah rakan mereka. Sila pastikan dan periksa terlebih dahulu siapa, dimana dan apa yang mereka pelajari bersama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kg Titingan, Tawau Terbakar

Blok 5 Kg Titingan, Tawau hangus terbakar pada kejadian kebakaran lewat malam tadi 11.41 pm. Seramai 100 orang penghuni kampung berkenaan telah terlibat dalam kes tersebut.

Bagaimanapun menurut En Julius Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Tawau tiada sebarang insiden yang melibatkan kemalangan jiwa. Dan akibat struktur dan kedudukan rumah yang tidak teratur, menyebabkan pihak Bomba mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan kejadian. Takziah diucapkan kepada pihak yang terlibat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

03 Jun 2011

MYVI 2011




Lagi gambar-gambar yang berkaitan dengan model terbaru MYVI yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 Jun ini di PWTC oleh Perdana Menteri Malaysia.


02 Jun 2011

Punca Perut Buncit




Siapa yang tak nak perut mereka yang kempis, slim dan ramping. Rasanya semua orang nak macam tu kan. Perut buncit sinonim dengan gaya hidup sesorang itu yang mungkin makan agak berlebihan dengan tenaga yang digunakan. Akibat tabiat pemakanan yang tidak teratur mengakibatkan pengumpulan lemak di bahagian perut dan ini mempunyai risiko untuk diserang pelbagai penyakit.

Mari kita tengok apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya perut buncit ini.

1. Pengambilan makanan berlemak secara berlebihan dari kegunaan badan dari yang sepatutnya.

2. Kurang bersenam atau bersukan asyik sibuk dengan kerja, perniagaan atau sebagainya. Namum sebaliknya perut semakin buncit.

3. Gaya hidup dan stail pemakanan yang tidak smart, main sumbat dan cerna sahaja.

4. Gaya hidup yang tidak seimbang, lebih banyak rehat, duduk atau baring. Hati-hati bagi mereka yang kerja banyak duduk dari berdiri contohnya penyampai radio.

5. Pengambilan makanan yang tidak terkawal ketika mengandung. Apa yang dikehendaki semuanya diturutkan. Akibatnya perut pula membuncit.

6. Perubahan hormon pada wanita ketika hamil

Sempadan Lautan



Kita sering diperlihatkan dan diperdengarkan dengan macam-macam kejadian, peristiwa serta objek yang menakjubkan. Semua ini datangnya dari kuasa yang maha esa iaitu Allah s.w.t.

Seperti kejadian lautan yang luas terbentang namum mempunyai sempadan. Agak pelik dan aneh kejadiaan ini. Bagaimana ahli sains, bijak pandai dan golongan agama mentafsirkannya. Pendek kata seperti biasa sebagai umat islam kita hanya mampu mengucapkan ungkapan "subahanallah" maha kuasa Allah yang menjadikan sesuatu itu, supaya manusia berfikir.

Lokasi lautan bersempadan ini( oceans borders or merging oceans) ialah di lautan Alaska. Dan bukti kekuasaan Allah s.w.t ini jelas terkandung di dalam al-quran

" ia biarkan air laut(yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya."(Ar-Rahman : 19-20).


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bahaya Kolestrol


Kolestrol dihasilkan oleh hati dan ia wujud dalam darah setiap individu. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan mengandungi tahap kolestrol yang tinggi sebenarnya mendedahkan seseorang itu kepada beberapa penyakit.

Mari kita lihat bagaimana cara mengurangkan paras kolestrol dalam darah kita.

1. Jika anda mendapati paras kolestrol sudah tinggi dalam darah anda, cuba atur semula cara pemakanan anda.

2. Jika anda seorang perokok, segeralah berhenti

3. Usahakan untuk menurunkan berat badan anda sekiranya badan gemuk.

4. Kurangkan pengambilan makanan berlemak.

5. Elakan memakan organ dalaman haiwan seperti paru-paru lembu, otak lembu, hati kambing dan hati lembu.

6. Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia kaya dengan kolestrol.

7. Jika memasak atau memakan ayam pastikan kulit telah diasingkan, jangan makan kulit ayam seperti yang terdapat di KFC.

8. Pilih kepingan daging tanpa lemak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.